Amukan Kucing, Pekerja Wanita Teruk Diserang Sampai Calar-Balar Badan

Jarang la tak terhibur dengan keletah si bulu lagi-lagi buat pencinta kucing! Tapi, ada waktu kita tak dapat menjangkakan perangai mereka.

amukan kucing, pekerja wanita teruk diserang sampai calar-balar badan

Sama la seperti dalam satu video yang tular di TikTok baru-baru ini, yang mana seekor kucing sempat dirakamkan mengamuk terhadap seorang pekerja pusat jagaan kucing.

Difahamkan yang kucing itu sedang berada dalam fasa mengawan ketika insiden tersebut berlaku.

@abang_kucing

Kucing ni On Heat,bila letak luar sangkar untuk bersihkan sangkar dia terus mengamuk bila ada kucing jantan lain provoke dia.

♬ Breakbeats Bang Jono - bowovler

Dalam video tersebut, jelas kelihatan pekerja wanita itu tidak semena-mena diserang ketika hendak membersihkan sangkar kucing itu.

Tapi selepas dikeluarkan, ia tiba-tiba hilang kawalan dan menyerang pekerja tersebut sehingga menyebabkan dia terpaksa keluar dari ruang tersebut dan menyelamatkan dirinya dengan penyapu!

Bagaimanapun, kongsi pemilik tempat itu, pekerja yang berhadapan dengan insiden malang itu kini telah sembuh.

“Alhamdulillah staf tu dah sembuh…dua kali ke klinik di lengan, paha, kaki dan tangan penuh dengan cakaran dan paling teruk di lengan kena tiga gigi,” tulisnya di TikTok.

Apa pula yang korang akan buat kalau berhadapan dengan insiden macam ni?

 

Sumber: TikTok