Amelia Christie Idam Lelaki Sopan Santuh & Baik, “Saya Single, Jangan Risau!”

Pelakon, Amelia Christie akhirnya mengesahkan dirinya kini ‘single’, sekaligus menjawab pertanyaan ramai mengenai status hubungannya bersama aktor, Sharnaaz Ahmad.

jelas nampak sedih, netizen pakat beri sokongan pada amelia christie [video]

Menurut pemilik nama sebenar Amelia Christie Lim, 24, beliau terbuka menjawab pertanyaan ramai mengenai soal hatinya memandangkan dia kini bukan lagi kekasih orang.

 

“Saya single. Jangan risau, saya okey dengan pertanyaan netizen. Lagipun saya kena beritahu orang yang saya memang single,” katanya menerusi video di Tiktok.

 

@adeline_hq Amelia org yg baik sangat , memudahkan org sekeliling, sehari bersama Amelia pn terus rasa sayang😘 #adelinehijab #ameliachristie ♬ original sound - Adeline Hijab

 

Dalam pada itu, Amelia berkata beliau cenderung memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman seperti sopan, bertanggungjawab dan juga baik hati.

amelia christie idam lelaki sopan santuh & baik, “saya single, jangan risau!”

"Lelaki idaman saya adalah seorang yang bertanggungjawab, sopan santun dan baik hati,” ujarnya ringkas.

 

Sumber: HIB Glam / Tiktok