“Lelaki Malaysia Senang Jadi Toksik, Lelaki Indonesia Lebih Soft Spoken” - Ameera Khan

Pempengaruh media sosial terkenal, Ameera Khan akui dia lebih tertarik dengan lelaki Indonesia kerana mereka lebih romantik dan lemah lembut ketika berbicara dengan wanita.

 

“Saya kenal ramai lelaki Malaysia. Mereka baik. Tetapi lelaki Indonesia mereka sangat ‘soft spoken’, sangat penyayang, sangat memahami dan sangat mengambil berat.

 

“Mereka tidak bersikap toksik. Jika lelaki Malaysia, berdasarkan pengalaman saya, bila mereka mula mencintai dan melindungi, mereka mula menjadi toksik.

 

“Tetapi lelaki Indonesia ‘best’. Mereka sangat menghormati. Malah cara mereka panggil kita pun sangat romantik.

 

“Hai cinta. What are you doing (apa anda sedang lakukan) cinta hatiku. Oh my god I really love that (saya sukakannya),” katanya. 

 

Ameera berkongsi minatnya itu ketika dia sedang melakukan sesi siaran langsung dalam akaun media sosialnya baru-baru ini.

 

Sumber: Kosmo