Pengaruh terkenal, Ameera Khan berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya adalah seseorang yang romantik dan kelakar.
“Romantik dan kelakar, kedua-duanya penting jadi saya pilih dua-dua. Bagi penampilan, gaya kasual dengan kemeja-T sudah memadai.
“Rambut pula bergaya sederhana. Tentulah saya ingin dia menyokong kerjaya dan apa jua yang saya lakukan,” katanya.
Dalam pada itu. Ameera turut berpendapat ketinggian lelaki itu juga akan menjadi hal utama yang diambil kira.
“Sama ada tinggi atau rendah, paling penting lelaki itu perlu mempunyai keyakinan. Saya suka dengan lelaki yang boleh menjadi pendengar yang baik.
“Bagi saya, dia perlu menjadi seseorang yang bercita-cita tinggi. Penting untuk dia mempunyai visi terhadap diri sendiri kerana bagi saya itu perkara yang amat diperlukan,” katanya.
Sumber: Kosmo