Status Vaksin Penerima Sinovac Bertukar Jika Tidak Ambil Dos Penggalak

Individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun dan keatas perlu mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac depan bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.

 

Ini adalah kerana jika individu terbabit tidak menerima dos penggalak, ia akan menyebabkan mereka tidak layak menerima kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19 dan juga berdepan dengan beberapa sekatan.

 

Perkara itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga melaporkan kurang 32 peratus atay sejuta warga emas masih belum menerima dos penggalak setakat ini.

status vaksin penerima sinovac bertukar jika tidak ambil dos penggalak

"Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta supaya individu yang berumur 60 tahun dan ke atas segera mendapatkan dos penggalak dan mereka boleh datang secara secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

"KKM ingin memaklumkan sekali lagi, semua penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022," katanya.

 

Dalam pada itu, kes harian Covid-19 di negara ini terus merekodkan trend peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 11,034 kes pada 7 Februari 2022, berbanding 10,089 pada hari sebelumnya, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,925,254.

 

Sumber: [1]