Amaran Ribut Petir Seluruh Negara 27 Hingga 30 Ogos Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara dalam tempoh 27 hingga 30 Ogos 2022.

amaran ribut petir seluruh negara 27 hingga 30 ogos ini

Ramalan itu adalah berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

 

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, tiupan angin di rantau negara dijangka lemah dan pelbagai hala dalam tempoh berkenaan.

 

“Keadaan itu adalah kondusif untuk pembentukan awan ribut petir terutama pada sebelah petang hingga awal malam.

“Ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah serta WP Labuan dalam tempoh berkenaan,” ujarnya.

amaran ribut petir seluruh negara 27 hingga 30 ogos ini

Sumber: MetMalaysia

ARTIKEL BERKAITAN