Amaran ‘Kepala’ Ribut Belum Sampai Malaysia Adalah Berita Palsu – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menafikan maklumat dan amaran cuaca berkenaan ‘kepala ribut’ yang tular di media sosial sejak kelmarin.

 

Amaran berkenaan kononnya menyebut Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran hujan berterusan buruk membabitkan 12 negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Bagaimanapun, info itu adalah tidak benar dan dinafikan oleh MetMalaysia.

amaran ‘kepala’ ribut belum sampai malaysia adalah berita palsu – metmalaysia

Menurut MetMalaysia lagi, penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

 

Orang ramai juga diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih mengenai ramalan dan amaran cuaca melalui media sosial dan laman web rasmi MetMalaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

 

“Justeru kita ingin mengingatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa yang mereka baca dalam talian dan menyemak dahulu kesahihan maklumat tersebut sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan mengenai sesuatu isu,” katanya.

 

Sumber: Facebook Rasmi MET Malaysia