Amaran Cuaca Waspada Dengan Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan Dikeluarkan

amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di beberapa kawasan dikeluarkan

Seluruh negeri Kelantan dan beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sabah dijangkakan menerima hujan lebat hari ini.

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat untuk kawasan-kawasan tersebut.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia pada 7:25 pagi tadi menyatakan tempat-tempat berikut:

Terengganu- Besut, Setiau, Kuala Nerus, Hulu Terenggany dan Marang

Pahang- Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut

Sabah- Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat

Oleh itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga!

Sumber: Astro Awani