TERKINI: Amanat Tun Dr Mahathir, Mungkin Akan Kembali Jika Diberi Sokongan

terkini: amanat tun dr mahathir, mungkin akan kembali jika diberi sokongan

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad baru sahaja menyampaikan amanatnya. Di dalam amanat tersebut, Tun Dr Mahathir telah memohon maaf kerana keadaan politik negara yang agak kucar-kacir.

Dalam amanatnya juga, beliau ada menyebut akan kembali semula seandainya kedua-dua belah pihak memberi sokongan kepadanya. Beliau juga menyatakan bahawa peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri baru-baru ini adalah disebabkan banyak sebab. Namun, beliau berkata tidaklah beliau berniat untuk melepaskan jawatan tersebut dalam masa yang sama bertindak gila kuasa.

Tun Dr Mahathir juga meminta maaf sebanyak dua kali di dalam amanatnya. Pertama, ketika dia memulakan ucapan amanatnya dengan menyatakan kemafaan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pergolakan politik. Kali kedua, beliau memohon kemaafan disebabkan beliau juga manusia biasa yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.

Melalui amanat tersebut, Tun Dr Mahathir menyatakan pendiriannya tentang partinya BERSATU dan beberapa parti yang lain.

Buat masa ini teka-teki akan siapa yang bakal menduduki kerusi Perdana Menteri masih belum terjawab. Sama-sama kita nantikan dan diharapkan semuanya akan berakhir dengan baik-baik sahaja.

terkini: amanat tun dr mahathir, mungkin akan kembali jika diberi sokongan

terkini: amanat tun dr mahathir, mungkin akan kembali jika diberi sokongan