Aliff Aziz, Ruhainies Bebas Dengan Jaminan, Bakal Ke Mahkamah Masa Terdekat

Susulan dakwaan berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies sudah dibebaskan dengan jaminan.

rakaman cctv tunjuk kelibat aliff aziz dan ruhainies di kondo mewah

Menurut laporan, dua selebriti itu ditahan menerusi satu serbuan pada awal pagi Sabtu dan akan menghadapi pendakwaan pada satu tarikh lain dalam tempoh terdekat.

 

Alif dan Ruhainies juga bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

 

Kedua mereka dilapor meninggalkan perkarangan Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekitar jam 2 petang tadi (9 Mac).

 

Terdahulu, adik kepada isteri Aliff Aziz, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup berkhalwat pada awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

didi astillah kongsi kembali video lama bella bersama ruhainies, “kawan makan kawan..”

rakaman cctv tunjuk kelibat aliff aziz dan ruhainies di kondo mewah

Sehingga artikel ini ditulis, kedua-dua pihak masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung penangkapan tersebut.

 

Sumber: Kosmo!