“Dia Menangis Teresak-Esak” - Sarah Yasmine Kongsi Aliff Aziz Merayu Agar Tidak Ditinggalkan

Sarah Yasmine kekasih kepada pelakon Aliff Aziz berkongsi yang Aliff menangis selepas dia bertindak mahu meninggalkan Aliff selepas satu pergaduhan. 

Menurut Sarah, suami kepada Bella Astillah itu merayu sambil menangis teresak-esak. 

“Adalah pergaduhan antara saya dengan dia. Saya kata nak tinggalkan dia. Bukan pertama kali pun, dah banyak kali benda macam ini jadi.

“Tapi perkara sama yang selalu berlaku, konon nak tinggalkan jadi begini (menangis dan merayu),” katanya. 

Namun Sarah berkata dia bukan mahu memutuskan hubungan dengan Aliff sebaliknya hanya sebagai amaran supaya Aliff meninggalkan tabiat buruknya. 

“Saya bukan mahu tinggalkan dia sebenarnya, itu cuma taktik. Saya nak dia buang perkara buruk. Itulah juga sebab dia menangis,” ujarnya.

Sumber: Kosmo