Pelakon Aliff Aziz seakan memberi bayangan untuk membuat kemunculan semua dengan imej yang baru.
“Jangan silap lagi, saya akan kembali semula,” katanya.
Menurut Aliff dia kini dalam usaha untuk mendapatkan semula tubuh badan yang sasa seperti beberapa tahun dulu.
“Stronger and wiser (lebih kuat dan bijak), insya-Allah,” tambahnya.
Hal ini dikongsi sendiri oleh Aliff dengan menunjukkan klip video lamanya di sebuah gimnasium.
Namun begitu, tiada siapa tahu apa tujuan Aliff ingin kembali bertubuh sasa sama ada atas tuntutan kerja atau demi kepuasan diri sendiri.
Sumber: Kosmo