Ramai Tak Fit Usia 30 Tahun, Alif Satar Sokong Laksana Semula PLKN 3.0

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menyokong usaha untuk mengembalikan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) versi baharu 3.0.

ramai tak fit usia 30 tahun, alif satar sokong laksana semula plkn 3.0

Menurut Alif, beliau merasakan PLKN 3.0 ini akan dapat membantu ramai belia yang dilihat tidak lagi cergas sebaik sahaja usia mencecah 30-an.

 

“Saya rasa tak perlu jadikan usia 35 tahun sebagai isu, kerana perkara itu akan menyebabkan ia dipandang negatif. Saya lihat sekarang ramai dalam kalangan mereka yang berusia 30 tahun tidak ‘fit’.

“Program ini juga mampu membantu mereka menjalani hidup lebih sihat dan berdisiplin,” katanya yang juga merupakan bekas ikon PLKN 2009.

ramai tak fit usia 30 tahun, alif satar sokong laksana semula plkn 3.0

Tambah Alif lagi, beliau sangat menggalakkan mereka yan berkelayakan untik tidak melepaskan peluang menyertai kem PLKN.

 

“Bila sesi pendaftaran dibuka, tak perlu fikir panjang. Daftar sahaja!” ujarnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

 

Terdahulu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pelaksanaan PLKN 3.0 ini akan melibatkan beliau berusia 16 hingga 35 tahun, yang lahir pada 2007, dalam dua fasa.

plkn 3.0 bakal dilaksana kembali, latihan selama 45 hari di kem tentera

Baca: PLKN 3.0 Dilaksana Secara Dua Fasa, Libatkan Pelajar Form 4 dan Lepasan SPM

 

Sumber: Utusan