Alif Satar Kurang Selesa Dipuji Jadi Contoh Lelaki Terpuji, “Banyak Hati Terguris..”

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar meluahkan rasa kurang senang apabila pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah memujinya sebagai contoh lelaki terpuji.

alif satar kurang selesa dipuji jadi contoh lelaki terpuji, “banyak hati terguris..”

Pemilik nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 33, berkata beliau secara peribadi berasa kurang selesa apabila namanya dikaitkan dengan kisah kesengsaraan orang lain.

 

"Saya segan, tak 'best' sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain. Jika 'fun' dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.

"Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.

"Orang boleh cakap apa negatif atau positif. Tapi saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain," katanya.

alif satar kurang selesa dipuji jadi contoh lelaki terpuji, “banyak hati terguris..”

Beliau bagaimanapun mengambil pujian yang diberikan itu sebagai pedoman dan peringatan buat dirinya.

 

"Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain. Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?

"Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri," katanya lagi.

 

Terdahulu, pakar motivasi itu menerusi media sosial X memuji penyanyi itu memiliki keperibadian yang baginya cukup disanjungi.

alif satar kurang selesa dipuji jadi contoh lelaki terpuji, “banyak hati terguris..”

Sumber: HMetro