Nak Hantar Kuih, Nak Hantar Baju Antara Alasan Rentas Daerah, Negeri

Polis mengesan pelbagai alasan tidak munasabah yang diberikan pengguna jalan raya bagi membolehkan mereka merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran.

nak hantar kuih, nak hantar baju antara alasan rentas daerah, negeri

Antaranya seperti alasan menghantar kuih raya dan juga baju raya, membawa keluarga membeli belah di Shah Alam dan banyak lagi, dimana pihak polis akan mengarahkan individu itu untuk berpatah balik.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak mengenakan kompaun serta merta, namun tidak berkompromi jika ada pemandu yang ingkar.

 

"Kami sudah mulakan (sekatan jalan raya) daripada semalam (9 Mei) dan mendapati setakat ini masih ramai pengguna jalan raya yang berdegil untuk merentas negeri dengan tujuan tidak sepatutnya dan mereka diarahkan untuk berpatah balik.

"Antara alasan mereka seperti hantar baju ke rumah kawan di Shah Alam, beli barang, bawa keluarga untuk beli-belah di kawasan Shah Alam," katanya kepada Bernama.

 

Bagi melancarkan pergerakan lalu lintas sewaktu hari bekerja, pihak polis akan membuka laluan tambahan namun sekatan dan pemeriksaan yang ketat masih tetap dijalankan seperti biasa.

 

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus patuh kepada arahan PKP dan juga SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Sumber: Bernama

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN