Viral di Tiktok baru-baru ini, sebuah video yang dikongsi oleh @minnie.britishblue telah menarik perhatian orang ramai dengan gelagat nakal kucingnya yang memanjat badan tuannya ketika sedang solat.

Kucing comel yang diberi nama minnie itu terlihat memanjat badan tuannya beberapa kali walaupun tuannya itu sedang berdiri. Lagi melucukan adalah, minnie akan duduk di atas kepada tuannya itu ketika sedang solat.
Rata-rata netizen juga terhibur melihat kucing ini dan merasakan aksi kucing ini sangat comel. Ada juga yang bertanya bagaimana kucing tersebut boleh memanjat badan manusia yang tinggi.



Ini terbukti yang si bulus sebenarnya mempunyai sikap manja dan nakal tetapi tetap comel di mata tuan dan peminat kucing yang lain.
Sumber: Tiktok @minnie.britishblue