Mohammad Aliff Aziz atau lebih dikenali sebagai Aliff Aziz adalah satu figura yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.
Beliau yang memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian pada tahun 2007, Aliff melebarkan sayap dengan berkecimpung pula dalam bidang lakonan.
Aliff yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, mempunyai dua orang cahaya mata, yang mana salah seorang daripadanya telah mencuri tumpuan warganet baru-baru ini.
Menerusi hantaran video di Tiktok @radinamiraffendy, aksi dan gelagat anak lelaki Aliff Aziz iaitu Ayden Adrean menyanyikan lagu bapanya bertajuk ‘Sayang-Sayang’ dengan sepenuh hati telah mendapat jumlah tontonan melebihi 100 ribu dengan pelbagai komen dari netizen.
Rata-rata netizen memuji penampilan anak lelaki Aliff dan Bella ini yang kelihatan segak dan tampan walaupun masih kecil. Malah, ada yang berpendapat, Ayden bakal menggantikan bapanya apabila sudah menginjak ke alam dewasa nanti.
Sumber: Tiktok