Nikmati Akses Lebih 800 Filem Terbaik Hanya Di Disney+ Hotstar Di Astro!

Dah dengar cerita ke belum? Bermula 1 Jun 2021, anda boleh menikmati akses ke lebih 800 filem dan 18,000 episod dari pilihan siri terbaik Disney, himpunan siri Star Wars, animasi Pixar kegemaran anda, siri dari Dunia Marvel dan dokumentari hebat dari National Geographic berserta kandungan terbaik dari Malaysia. Telusuri kenikmatan hiburan bersama keluarga dengan Disney+ Originals seperti The Mandalorian, Wanda Vision, The Falcon & The Winter Soldier dan banyak lagi!

nikmati akses lebih 800 filem terbaik hanya di disney+ hotstar di astro!

Habislah Jun ini, satu bulan terperap dalam bilik sebab nak tengok cerita-cerita terbaru ataupun filem animasi klasik dalam aplikasi ini.

 

Nak tahu siapa yang paling beruntung sekali? Tentulah pelanggan Movies Pack Astro! Kenapa? Sebabnya, dengan langganan mereka sekarang, mereka cuma perlu tambah RM5/sebulan untuk menikmati keistimewaan ini! Akses akan diberikan secara automatik untuk mereka mulai 1 Jun nanti. Pastikan anda mempunyai Astro ID yang sah supaya pendaftaran Disney+ Hotstar dapat dilakukan dengan lancar.

 

Apa yang best sangat dengan Astro Movies Pack ni?

nikmati akses lebih 800 filem terbaik hanya di disney+ hotstar di astro!

Selain daripada akses automatik kepada rancangan-rancangan di platform Disney+ Hotstar, anda juga dapat menyaksikan filem-filem blockbuster yang lain menerusi saluran-saluran Movies yang lain, seperti HBO, Cinemax, tvN Movies, dan bermacam lagi! Anda juga akan mendapat akses kepada aplikasi-aplikasi penstriman yang datang bersama pek ini, iaitu; Disney+ Hotstar, HBO Go dan tidak kurang hebatnya, Astro GO! Anda tidak akan pernah bosan dengan filem dan rancangan kegemaran anda, di mana sahaja anda berada.

 

Jadi tunggu apa lagi? Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh layari www.astro.com.my/Disney, dan jangan lupa daftar Astro ID anda di https://id.astro.com.my/signup.