Lantang Kecam Tindakan Israel, Akaun TikTok Uyaina Arshad Kena ‘Block’

Gara-gara lantang mengecam tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan menghakis bumi Palestin, akaun Tiktok pelakon, Uyaina Arshad telah pun disekat dan dipadam, baru-baru ini.

lantang kecam tindakan israel, akaun tiktok uyaina arshad kena ‘block’

Menurut Uyaina yang mendedahkan perkara itu menerusi Instagram dan platform X, akaun Tiktoknya disekat atas kesalahan melanggar garis panduan komuniti yang ditetapkan.

 

“Akaun TikTok saya disekat untuk selama-lamanya,” tulisnya yang turut berkongsi notifikasi diterima daripada pihak aplikasi berkenaan.

 

Uyaina bagaimanapun enggan menyerah kalah meskipun telah disekat di Tiktok dan kini tampil membuat akaun lain.

 

 

“Ini akaun TikTok baharu saya,” tulisnya menerusi Instagram Story dan X.

 

 

Terdahulu, Uyaina adalah antara selebriti tanah air yang dilihat lantang bersuara dan memuatnaik info terkini situasi di Gaza. Malah beliau turut menegur sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih bersikap neutral terhadap krisis Palestin-Israel yang kini masuk hari ke-44.

 

 

Sumber: Instagram / X