Penyanyi, Aiman Tino mendedahkan akaun media sosial Tiktok miliknya telah digodam dan disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab.
Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama sebenar Mohammad Aiman Yusri, 22, berkata individu tersebut telah mengugutnya untuk membayar sejumlah wang selepas akaunnya digodam.
“Tiktok saya kena hack & bagi gift dekat orang lain untuk percaya yang itu saya!
“Ini nombor ****** tu, siap call ugut saya minta 500, pastu minta topap RM15. Adoiii hacker ni miskin betul
“Itu bukan saya! Tolong sebarkan bagitahu semua orang di Tiktok yang bagi gift besar besar, DM minta no telefon korang dekat DM nak bagi duit, tolong jangan percaya!,” kata beliau.
Dalam masa sama, rakan artis, Usop juga menerima nasib yang sama dan beliau menyeru agar orang ramai tidak terpedaya dengan penggodam itu.
“Sekarang @usopofficial dah kena, lepasni saya risau orang lain pula kena! Tolong sebarkan bagitahu di Tiktok.
“Sekarang Email & Instagram saya dia cuba log in. Apa apa update saya akan update di story wife saya, @syereheife
“Minta jasa baik semua netizen tolong report account tiktok saya & usop juga. Doakan Allah bantu saya dapatkan semula account dan hak saya,” ujarnya lagi.
Sumber: Instagram