‘Mahalini Sendiri Jemput’ - Aisha Retno Teruja Dapat Menyanyi Di Majlis Resepsi Mahalini, Rizky Febian

Penyanyi terkenal, Aisha Retno akui teruja selepas diundang untuk memeriahkan majlis resepsi pasangan selebriti popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian di Jakarta Indonesia Jumaat lalu.

Menurut Aisha, Mahalini sendiri yang menghubunginya untuk datang memeriahkan majlis perkahwinannya  yang berlangsung di Hotel The Raffles.

 

 

“Sebenarnya memang ‘last minute’ Mahalini jemput saya minggu lepas. Dia kata datang lah, datang lah dia suruh nyanyi semua.

“Tentu saya nak sebab nak hargai dia dan saya juga peminat tegar dia. Selepas saya ‘turun’ Jakarta masa dekat resepsi, dia suruh saya nyanyi,” katanya. 

Menerusi video dikongsikan, Aisha menyanyikan sebuah lagu kegemaran Mahalini iaitu W.H.U.T sambil diiringi pemuzik.

“Katanya itu adalah lagu kegemaran Mahalini. Saya pun okey sahaja dendangan,” ujarnya lagi.

Sumber: Kosmo