Air Selangor Disabotaj?

Insiden pencemaran bau di Sungai Selangor mungkin angkara sabotaj! 

Menurut kerajaan negeri, hasil pemeriksaan awal dapati pencemaran tu berpunca daripada loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK). 

air selangor disabotaj?

Kejadian itu mengakibatkan menyebabkan 4 Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas semalam. 

Ironinya, insiden pencemaran tu berlaku 24 jam selepas Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Pindaan 2020 diluluskan semalam! 

Ni bermakna denda berkaitan RUU ni dinaikkan kepada maksimum RM1 juta dan hukuman penjara dijadikan mandatori. 

Jadi, tidak hairan lah teori sabotaj timbul kan? Mungkin 'pelaku' nak lepas geram kerana hukuman lebih berat menanti mereka yang menyebabkan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor. 

air selangor disabotaj?

Ha! Sesuailah sebab dah menyebabkan kehidupan dan urusan berjuta-juta orang terjejas. 

Macam yang jadi semalam, lebih sejuta akaun pengguna air terjejas. Dahlah dalam keadaan pandemik COVID-19 dan PKPBB ni. Adoilah.

Oh ya, 4 suspek kes ni dah kena tahan dan direman seminggu. 

Bekalan air pulak pulih mula jam 3.00 petang ni lepas semua loji raawatan air yang terjejas dahpun kembali beroperasi. 

Syukur kali ni tak lama. Ha jom mandi! 

Oleh: KJ 

Sumber & foto: AWANI, BERNAMA, Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian & internet