Aina Abdul Tangkis Dakwaan Letak Bayaran Terlampau Tinggi Untuk Buat Persembahan

Penyanyi, Aina Abdul baru-baru ini menjadi sebutan segelintir netizen gara-gara timbulnya laporan mendakwa penyanyi itu mengenakan bayaran terlampau tinggi untuk mengadakan persembahan di sebuah acara di Melaka.

 

Menurut pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, 30, beliau menegaskan permintaan itu adalah setimpal dengan hasil kerja beliau dan pasukannya.

aina abdul tangkis dakwaan letak bayaran terlampau tinggi untuk buat persembahan

Kata Aina, beliau dibantu pasukan profesional setiap kali mengadakan persembahan, meliputi segenap aspek yang juga sebahagian daripada kos dikeluarkan.

 

“Sejujurnya saya seorang yang ‘perfectionist’ apabila persediaan untuk sesuatu acara saya dapatkan khidmat pakar meliputi busana, solekan, penata gaya sehingga jurugambar.

“Seorang Aina Abdul kalau keluar, persiapannya mengambil masa berjam-jam, disiapkan rapi pasukan yang juga sangat mementingkan kesempurnaan.

“Jadi bayaran yang saya terima adalah untuk pasukan saya sekali gus kesempurnaan yang saya tampilkan adalah hasil kreativiti mereka,” katanya.

aina abdul tangkis dakwaan letak bayaran terlampau tinggi untuk buat persembahan

Penyanyi lagu Terus Hidup itu berkata lagi mungkin ada pihak yang tidak faham situasi sebenar namun bersyukur ramai penganjur acara faham akan keperluan seorang artis.

 

Sumber: HIB Glam