Aina Abdul Tak Kisah Dipanggil Fashion Victim

Bintang yang kian meningkat naik namanya, Aina Abdul mengakui bahawa dia tidak kisah digelar fashion victim atau mangsa fesyen oleh orang ramai.

aina abdul tak kisah dipanggil fashion victim

Malah, dirinya kini sedang melalui proses eksperimentasi untuk mencari kelainan dalam berfesyen.

Ujarnya, “Saya mempunyai pasukan sendiri yang akan menentukan fesyen yang dikenakan. Ketika ini saya memang perlukan pendapat sebab tidak boleh berdasarkan mata sendiri sahaja.”

Bukan itu sahaja, luah Aina juga, dia tidak kisah mencuba apa jua fesyen yang diberikan kepadanya.

“Ikutkan saya memang tidak kisah digelar mangsa fesyen sebab saya lebih rela mencuba semuanya.

“Tapi sebagai penghibur memang seronok melihat mereka di luar sana ada modal untuk bandingkan saya dengan ikan laga lah aiskrim lah. Mereka berimaginasi.”

 

Sumber: [1]