Aina Abdul Pertahan Harga Konsert Di Istana Budaya, Punya Sebab Tersendiri

Nama penyanyi Aina Abdul baru-baru ini menjadi sebutan hangat di Twitter selepas tiket konsert One Night with Aina Abdul 2.0 Live yang akan dipentaskan di Istana Budaya dikatakan terlalu mahal.

aina abdul pertahan harga konsert di istana budaya, punya sebab tersendiri

Pelantun lagu “Sumpah” itu mengatakan, dengan persiapan yang dibuat untuk persembahan, ia berbaloi dengan harga kemasukan.

“Saya berjanji akan memberikan yang terbaik. Mereka yang menghadiri showcase 1.0 saya sebelum ini mesti tahu sekarang bahawa saya tidak bermain-main apabila bercakap tentang persembahan secara langsung. Saya akan berikan 300 peratus saya,” kata Aina.

Jelasnya lgi, dia mengambil risiko dengan menggunakan wang dari poketnya sendiri untuk konsert tersebut.

“Sebagai penyanyi yang menguruskan kerjaya muziknya sendiri, adalah menjadi impian besar saya untuk mengadakan konsert sendiri di tempat berprestij seperti Istana Budaya dan apabila ia menjadi kenyataan, saya tidak boleh menoleh ke belakang.

“Ia adalah risiko yang sama yang saya ambil apabila saya menggunakan wang saya sendiri untuk menghasilkan “Sumpah” dan Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk saya,” tambahnya.

Harga Konsert One Night with Aina Abdul 2.0 Live pada 25 Jun dan 26 Jun boleh didapati dari RM113.36 hingga RM1,246.96.

Semakan pantas di laman rasmi tiket mendapati bahawa tiket Reminiscing Blue Zone (RM113.36) telah pun habis dijual untuk kedua-dua hari berkenaan.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN