Kini Suami Orang, Aiman Tino Tak Selesa Peminat Menggedik Dengannya

Penyanyi, Aiman Tino mengakui tidak selesa apabila ada peminat cuba bermesra dengannya, meskipun dia kini berstatus suami orang.

kini suami orang, aiman tino tak selesa peminat menggedik dengannya

Menurut Aiman, 25, yang biasa melayan peminat dengan mesra sebelum berkahwin, isterinya sendiri akan menegur jika ada peminat wanita yang terlalu rapat dengannya.

 

“Masih ada peminat yang cuba mendekati atau menggedik, contoh macam cuba pegang tangan walaupun isteri saya ada di sebelah.

“Adakalanya saya sendiri sampai rasa tidak selesa. Jika ada peminat yang cuba terlalu rapat, isteri saya akan menegurlah tetapi sebagai penyanyi saya akan cuba melayan peminat sebaik mungkin,” ujar Aiman.

 

Aiman juga sedar dia sendiri perlu meletakkan batas antaranya dengan peminat meskipun isterinya adalah seorang yang profesional dan faham dengan kerjaya suaminya itu.

kini suami orang, aiman tino tak selesa peminat menggedik dengannya

“Sebelum ini mungkin saya suka bersikap mesra dengan peminat, sekarang saya meletakkan batas dan lebih berjaga-jaga.

“Orang pun hormat sebab sebelah saya ada isteri. Sendirilah ingat sudah jadi suami dan ada isteri tidak boleh seperti dulu lagi,” kata Aiman yang kini sudah enam bulan menjadi suami kepada Syarah Haifa.

 

Diajukan soalan tentang cahaya mata, Aiman dan isteri menyerahkan kepada takdir dan tidak tergesa-gesa untuk kearah itu.

kini suami orang, aiman tino tak selesa peminat menggedik dengannya

“Saya serahkan pada takdir, jika dapat cepat kami terima. Kami merancang untuk ada tiga atau empat anak sahaja.

“Walaupun keluarga saya besar dengan 11 adik-beradik, tetapi saya tidak mahu anak yang begitu ramai. Sekarang bukan mudah untuk besarkan anak dengan ekonomi yang cukup mencabar,” luah Aiman lagi.

 

Sumber: Kosmo!