Anugerah Industri Muzik (AIM) Kembali Lagi!

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) hari ini telah melancarkan edisi ke-23 Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah paling berprestij dalam industri seni muzik tanahair di mana pembukaan tempoh pencalonan, syarat kelayakan dan kriteria untuk setiap kategori yang dipertandingkan juga telah diumumkan. Majlis pelancaran tersebut, yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur amat dinantikan setelah sekian lama AIM menyepi sejak 2016.

anugerah industri muzik (aim) kembali lagi!

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM23, En. Rosmin Hashim mengumumkan bahawa RIM buat julung kalinya berkolaborasi bersama penyiar rasmi, Astro bagi penganjuran majlis anugerah AIM23 tahun ini.

Rancangan anugerah utama akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Astro RIA dan ERA yang bakal diadakan pada hari Ahad, 11 September 2022 pada jam 9.00 malam (Karpet Merah pada 8.30 malam).

“Kami amat teruja untuk menganjurkan AIM yang ke-23 selepas sekian lama menyepi dan juga amat gembira melihat industri muzik tempatan menuju ke arah pemulihan selepas tempoh pandemik. Sudah agak lama pengamal industri muzik tempatan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya, terutamanya penghormatan yang diperolehi dengan memenangi anugerah AIM. Sejak 1993, AIM telah dikenali sebagai Anugerah Grammy Amerika yang setaraf di Malaysia, satu-satunya persembahan anugerah tempatan yang memberi pengiktirafan dan penghormatan kepada pengamal industri muzik tempatan termasuk penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit dan jurutera bunyi, berdasarkan merit dan kualiti di samping membantu merangsang kreativiti dan kecemerlangan dalam penciptaan muzik yang boleh menembusi pasaran antarabangsa”, kata Rosmin Hashim, Pengerusi RIM dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur

AIM23.

“Terdapat perubahan besar dalam cara muzik digunakan dan didengari oleh orang awam. Untuk mencerminkan keluasan muzik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia, kami telah menambah anugerah 'Lagu Cina Tempatan Terbaik' dan 'Lagu India Tempatan Terbaik' dalam kategori anugerah utama. Kami juga telah mengembalikan semula kategori ‘Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Asing’, manakala kategori ‘Lagu Paling Banyak Dimuat Turun’ telah digugurkan memandangkan penggunaan muzik pilihan orang ramai adalah melalui penstriman”, tambah Rosmin.

Senarai penuh 26 kategori anugerah yang dipertandingkan tahun ini adalah seperti berikut:

KATEGORI ANUGERAH UTAMA

1. ARTIS BARU TERBAIK

2. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (LELAKI)

3. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (WANITA)

4. PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM LAGU (BERKUMPULAN)

5. PERSEMBAHAN VOKAL DUO/KOLABORASI TERBAIK DI DALAM LAGU

6. VIDEO MUZIK TERBAIK

7. RUNUT BUNYI (OST) TERBAIK DI DALAM FILEM/DRAMA

8. LAGU ROCK TERBAIK

9. LAGU POP TERBAIK

10. LAGU R&B/HIP HOP TERBAIK

11. LAGU POP ELEKTRONIK/DANCE TEBAIK

12. LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK

13. LAGU CINA TEMPATAN TERBAIK

14. LAGU INDIA TEMPATAN TERBAIK

15. LAGU MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH ARTIS LUAR NEGARA

16. LAGU NASYID TERBAIK

17. LAGU POP ETNIK TERBAIK

18. ALBUM TERBAIK

19. LAGU TERBAIK

ANUGERAH KHAS

20. ANUGERAH SRI WIRAMA

KATEGORI PRA-ANUGERAH

21. KULIT SINGLE/ALBUM TERBAIK

22. RAKAMAN ALBUM TERBAIK

23. RAKAMAN LAGU TERBAIK

24. SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU

25. LAGU PALING TINGGI DI STRIM

26. LAGU NADA DERING JUALAN PALING TINGGI

ARTIKEL BERKAITAN