Ahmad Idham Lepaskan Jawatan CEO FINAS

ahmad idham lepaskan jawatan ceo finas
Lembaga Pengarah FINAS telah mengumumkan bahawa Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS bermula 10 Mac depan.

ahmad idham lepaskan jawatan ceo finas

Berdasarkan kenyataan itu juga, Unit Komunikasi Korporat FINAS memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah badan itu telah meluluskan permohonan pengarah tersebut untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan atas alasan peribadi.

Walau apa pun alasannya kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa sepanjang perkhidmatan tuan!

Sumber: Astro Awani