Ketika Ini Ahirine Hanya Kawan Dengan Zizan, “Tapi Akan Datang Saya Tak Tahu..”

Pelakon, Ahrinie Ahirudin mengakui hubungannya bersama Zizan Razak hanya sekadar kawan.

ketika ini ahirine hanya kawan dengan zizan, “tapi akan datang saya tak tahu..”

Menurut Ahirine, 27, hubungannya bersama pelawak Zizan Razak tidak lebih sekadar kawan biasa selepas video mereka hadir ke sebuah perlumbaan kereta tular di media sosial.

 

"Ramai komen bila saya muat naik video dengan Zizan tapi nak cakap ada hubungan dengan dia memang tak sebab kami kawan... tapi akan datang saya tidak tahu," katanya.

 

 

Beliau berkata sedemikian selepas menjelaskan impak mengenai dakwaan orang ketiga dalam hidup pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle, yang jelas memberi kesan kepada kehidupannya.

akui sedang bercinta, ahirine nafi jadi ‘penyondol’ rumah tangga farid kamil-diana danielle

Ujarnya, walaupun perkara itu tidak mempunyai kaitan dengannya, namun kontroversi itu masih menjadi sebutan netizen yang sering mengaitkan diri beliau.

 

"Saya okay tapi tak boleh nak hentikan orang yang bercakap mengenainya di media sosial, isu itu 'melekat' meskipun sudah menjelaskan kedudukan sebenar.

 

"Hubungan saya dengan Farid tiada masalah malah pernah terserempak dengan Diana di sebuah acara dan kami okay sahaja... saya mendoakan yang terbaik buat Farid dan Diana.

"Dari segi emosi memang terganggu tapi buat masa ini Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan tidak terjejas disebabkan isu yang berlaku," katanya.

 

Baca: Ahirine Nafi Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga Farid Kamil-Diana Danielle

 

Sumber: mStar