Afifah Nasir Mahu Calon Suami Kacak, Ada Ilmu Agama, Pandai Bahasa Inggeris

Pelakon, Afifah Nasir akui cerewet dalam memilih bakal pasangan hidup, meskipun belum merancang untuk berkahwin.

afifah nasir mahu calon suami kacak, ada ilmu agama, pandai bahasa inggeris

Menurut pemilik nama sebenar Nur Afifah Md. Nasir, 30, beliau impikan jejaka berpakej lengkap yang tampan dan ada ilmu agama sebagai calon suami, namun sedar tidak ramai lelaki memiliki ciri sedemikian.

 

“Saya benar-benar cerewet apabila bercakap tentang lelaki. Saya mahukan yang sempurna tapi mustahil.

“Saya mahukan seseorang yang tampan, baik, tinggi, pandai berbahasa Inggeris, berintelektual, tidak minum arak, tahu banyak tentang Islam dan sebagainya.

“Saya bertuah, saya pasti telah melakukan sesuatu yang hebat dalam hidup sebab Allah kurniakan kepada saya lelaki sebegitu, tetapi hakikatnya hanya 10 peratus yang macam tu (ciri lelaki), susah nak jumpa,” ujarnya menerusi hantaran di Insta Story.

afifah nasir mahu calon suami kacak, ada ilmu agama, pandai bahasa inggeris

Afifah dalam pada itu turut menasihati lelaki agar sentiasa memperbaiki diri dan sentiasa menghargai golongan wanita.

 

“Apa yang boleh saya katakan, selamat berjaya untuk wanita di luar sana dalam mencari pasangan hidup.

“Sekarang untuk lelaki di luar sana, jika anda mahukan wanita yang sempurna, perbaiki diri anda dahulu.

“Hargai kami sebagai wanita. Tahu betapa tingginya nilai seorang perempuan. Anggap dan layan kami seperti permata maka insha-Allah kalian akan menemui wanita yang baik,” katanya lagi.

 

Sumber: Instagram