Dilihat Mesra Dengan Jessi Di Dalam Video Muzik, Afgan Pilih Untuk Pekakkan Telinga Komen Negatif Netizen

Penyanyi Indonesia, Afgan dikecam kerana adegan melampaui batas dalam muzik video bersama penyanyi Korea Selatan Jessi. 

Namun, Afgan memilih untuk tidak melayan komen negatif dan memekakkan telinga sahaja. 

“Sebenarnya setiap aksi yang dilakukan dalam video berkenaan adalah untuk menggambarkan lagu disampaikan.

“Lagunya juga sangat ‘fun’, sudah tentu pergerakan juga lebih riang. Banyak yang ‘candid’ sebenarnya. Aksi yang dilakukan juga lebih kepada kawan rapat bersuka ria bercuti bersama.

“Sangat tak ambil peduli sangat dengan komen negatif netizen, niat saya hanya untuk menyampaikan mesej dan ‘vibes’ lagu tersebut,” katanya. 

Sumber: Kosmo