Afgan Alami Depresi, Setiap Bulan Jumpa Psikiatri

Siapa sangka, penyanyi Indonesia Afgan terpaksa bertemu dengan pakar psikiatri selepas mengalami gangguan mental sejak pandemik Covid-19 melanda dunia dua tahun lalu.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia dua tahun lalu rupanya telah memberi impak kepada penyanyi Indonesia iaitu Afgan yang mengalami gangguan mental dan terpaksa bertemu dengan pakar psikiatri. 

Katanya, ketika pandemik dan semua orang perlu berkurung di rumah, dia mengalami insomnia dan sering berasa berdebar dan ini telah membuatkan dia susah untuk berkarya dalam muzik. 

"Ketika pandemik melanda, semuanya terhenti. Saya tidak boleh buat persembahan panggung, merakamkan lagu dan ketika itu, saya banyak bersendirian.

"Sejak itu, saya alami 'mental block'. Iyalah, jika sebelum ini saya bekerja keras selama 13 tahun, namun, apabila pademik melanda, saya tidak boleh melakukan banyak perkara.

Namun, Afgan akhirnya memutuskan untuk bertemu ahli psikiatri seperti disaran oleh teman rapatnya. 

"Saya buat terapi dengan ahli psikiatri sejak pandemik COVID-19. Rutin itu berlanjutan sehingga sekarang.

"Kini, setiap bulan saya berjumpa ahli terapi untuk saya dapat teruskan kehidupan.

"Pada masa sama, saya bersetuju untuk bertemu pakar kerana ramai sahabat melalui perkara sama. Jadi, mereka cadangkan saya mendapatkan bantuan serupa.

"Sekarang, saya lebih tenang dan 'spiritual'. Ini semua hikmah pandemik COVID-19," katanya lagi. 

Sumber: Berita Harian