‘Kalau Tak Tahan Dengan Kritikan, Berhentilah Guna Media Sosial’ - Amyra Rosli

Pelakon Amyra Rosli akui berhenti menggunakan media sosial sebagai langkah untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber.

“Kalau rasa diri itu sudah tidak mampu lagi (kritikan), berhenti menggunakan media sosial. Ada banyak perkara lagi yang boleh dilakukan.

“Sedar ruang diri dan kita buang jauh-jauh benda yang tidak sepatutnya kita ambil tahu,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Amyra juga tidak akan melayari media sosial sekiranya dia berdepan dengan kritikan netizen. 

“Kalau 24 jam menggunakan telefon (media sosial), tanpa melalukan kerja lain akan membuatkan saya berasa letih dan otak tidak berfungsi.

“Pada saya perkara ini tidak sihat. Paling penting kita kena tahu fungsi telefon itu untuk apa. Jika ingin mengisi masa lapang atau mencari ketenangan, ada banyak perkara yang boleh dibuat terutama melibatkan aktiviti fizikal.

“Elakkan daripada menjadi ketagih kerana situasi itu akan mendatangkan kemudaratan. Hati-hati dan pandang diri sendiri serta tengok kekuatan diri sendiri. Paling penting jangan campur urusan orang lain,” jelasnya.

Sumber: Kosmo