‘Syamsul Sedia Nak Lafaz Cerai’ – Kes cerai Syamsul Dan Ira ditunda Ke September

Pihak mahkamah telah menetapkan 25 September bagi sebutan semula kes penceraian Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Menurut Azmi Mohd Rais yang juga peguam mewakili Syamsul, kedua-kedua mereka perlu hadir pada tarikh tersebut. 

“Mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula iaitu 25 September, pukul 3 petang.

“Pada tarikh tersebut Ira hendaklah hadir bersama peguam dia, begitu juga dengan Syamsul.

“Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada setuju atau tak dengan tuntutan cerai. Jika setuju, Syamsul boleh lafaz cerai,” katanya. 

Dalam pada itu, Syamsul juga perlu akur dengan keputusan mahkamah mengenai tarikh sebutan semula. 

“Seperti saya katakan, Syamsul memang bersedia melafazkan dan melepaskan Ira hari ini.

“Syamsul terpaksa akur apabila tunda tarikh baharu.

“Saya difahamkan mereka memang tiada kesefahaman,” tambahnya.

Sumber: Kosmo