‘Ramai Lagi Selebriti Senior Yang Layak Dapat Datuk Berbanding Saya’ - Erra Fazira

Dengan gelaran Primadona Filem Melayu yang disandangnya, ramai peminat menyatakan bahawa Erra Fazira juga layak menerima gelaran Datuk. 

Namun menurutnya, dia terharu kerana ramai peminat yang menganggap dirinya layak menerima pengiktirafan yang diberikan oleh Sultan mahupun Yang di-Pertua Negeri itu.

“Saya tidak ambil pusing tentang perkara ini. Saya bukanlah orang yang tepat untuk komen tentang isu ini kerana ini bukan bidang saya.

“Pada saya ada ramai lagi selebriti senior yang lebih layak yang mempunyai jasa dan bakti untuk dapat gelaran Datuk.

“Kalau ramai yang berpendapat bahawa saya layak dapat gelaran Datuk, pada saya itu adalah pendapat mereka dan saya berterima kasih kerana itu sedikit sebanyak merupakan satu penghargaan buat saya.

“Biarlah saya tiada gelaran, tetapi apa yang mereka fikir dan rasa untuk saya sangat-sangat bermakna,” katanya. 

Sumber: Kosmo