Siti Nurhaliza Teringin Tengok Anak Naik Pelamin Selepas Tengok Persandingan Puteri Sultan Pahang

Penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui teringin melihat puteri kesayangannya Siti Aafiyah naik ke atas pelamin di hari bahagianya nanti. 

Hal ini terdetik selepas Siti menyaksikan istiadat persandingan Puteri Sultan Pahang. 

Walaupun anak-anaknya masih kecil namun Siti turut berharap agar diberikan kesihatan dan usia yang panjang agar dapat menyaksikan kedua-duan anaknya itu ke jenjang pelamin.

“Sambil tengok sambil kepala kami pun berfikir.

“Semoga diberi kesempatan melihat anak-anak nanti naik pelamin,” katanya menerusi InstaStory.

Dalam pada itu, Siti juga turut mendoakan agar anak-anaknya dipertemukan dengan jodoh yang baik. 

Sumber: Kosmo