‘Mama, Tak Nak Reply Mesej Saya Ke?’ - Marissa Dania

Pempengaruh Marissa Dania mengejutkan orang ramai selepas meninggalkan komen kepada ibunya Abby Abadi dalam Instagram.

‘Tidak mahu balas WhatsApp saya ke mama?,’ tulisnya.  

Komen tersebut dibuat Marissa selepas Abby memuat naik hantaran dengan kata-kata seorang ibu yang bahagia. 

“Tidak perlu berusaha menjadi mama yang sempurna tetapi berusahalah menjadi mama yang bahagia.

“Kerana kita harus waras untuk menguruskan rumah tangga, anak-anak dan hal yang lainnya.

“Kalau rasa sedih, menangislah sepuasnya. Kalau rasa penat, ambil masa berehat kerana kita juga manusia,” katanya.

Walaupun tidak menyebut lebih mengenai hal tersebut, ramai kalangan netizen meluahkan rasa simpati susulan berita  Marissa kehilangan anak sulung yang dilahirkan pra matang.

Sumber: Kosmo