“Paku, Pasir, Pisau Keluar Dari Badan” - Aeril Zafrel Kongsi Pernah Terkena Sihir

Pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel berkongsi pernah diserang penyakit misteri sehingga terpaksa berehat ketika tahun 2010. 

Menurut Aeril, penyakit misteri itu datang selepas kematian bapanya itu mendorongnya berikhtiar mencari penawar sehingga 10 benda asing berjaya dibuang daripada badannya.

“Kehidupan aku sebelum apa aku jadi sekarang ini dan kenapa aku kurang berlakon selama ini adalah selepas ayah aku meninggal dunia.

“Aku sakit, selepas maghrib aku akan sesak dada dan aku pergi berubat. Bila aku berubat, macam-macam benda yang keluar daripada badan aku.

“Paling mengejutkan adalah semasa mendapatkan rawatan, paku, kemenyan, setanggi, pisau dan pasir keluar lebih 10 barang yang tak pernah aku bayangkan benda ini boleh ada dalam badan aku,” katanya. 

Dalam pada itu, Aeril juga berkata pengalaman tersebut sedikit sebanyak telah membantu dirinya untuk menjayakan lakonan yang bergenre mistik. 

Sumber: Kosmo