Bayar Zakat Lebih RM50,000, Aeril Zafrel Terima Penghargaan Dari Lembaga Zakat Selangor

Selebriti tanah air, Aeril Zafrel diberi penghargaan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas menunaikan zakat melebihi RM50,000.

bayar zakat lebih rm50,000, aeril zafrel terima penghargaan dari lembaga zakat selangor

Menerusi perkongsian LZS di Facebook, tulisnya, “Jom sama-sama kita doakan moga harta beliau terus subur untuk bantu mereka yang memerlukan.”

Terdahulu, Aeril Zafrel memuat naik foto beliau dengan plat penghargaan LZS di Instagram.

“Alhamdulillah dapat penghargaan daripada Pusat Zakat Selangor untuk tahun ini. Mari ramai-ramai kita tunai kewajipan,” tulisnya.


Sumber: [1]