Pasangan terkenal, Aeril Zafrel dan isteri mempunyai cara tersendiri dalam mengawal kemarahan jika berlakunya sesuatu.
Menurutnya, setiap manusia tidak seharusnya berkasar dengan orang lain tambah lagi kepada isteri dan anak-anak.
"Kita sebagai manusia tak layak untuk berkasar dengan perempuan, malah kepada sesama insan pun. Tak patut!
"Saya kalau marah saya takkan pernah angkat tangan, kalau dengan anak atau isteri saya pun tak pernah angkat tangan," katanya.
Berkongsi tentang pengalamannya ketika membesar dengan seorang bapa yang sangat tegas.
"Saya pun pernah trauma, dulu ketika kecil bapa saya terlampau garang. Biasalah orang kampung dulu-dulu. Kadang-kadang berdarah-darah kena pukul.
"Jadi, saya berjanji takkan buat perkara sama kepada orang terdekat dengan saya, terutamanya anak-anak saya kerana saya pernah mengalami situasi itu dan saya sebagai anak sewaktu itu rasa sangat tak selesa.
"Malah, dalam rumah saya pun, saya takkan berkasar. Mahupun kepada pembantu rumah saya," ujarnya.
Jadi katanya Aeril sentiasa akan cuba untuk mengawal kemarahan seandainya berlaku situasi tegang membabitkan insan tersayang.
"Saya tegas dan garang tapi untuk sampai berteriak, angkat tangan, saya takkan sampai ke tahap itu.
"Mungkin saya tak diuji lagi sampai ke tahap itu tapi Alhamdulillah, kalau marah macam mana pun saya akan Istighfar, kita pun tak tahu lain orang lain ujiannya," tambahnya lagi.
Sumber: Awani