Sukar Untuk Menyanyi, Adira Suhaimi Akui Tekak Rasa Macam ‘Diikat’

Penyanyi, Adira Suhaimi mengakui mengalami masalah pada vokal, terutamanya untuk menyanyi lagu-lagu bernada tinggi selepas terkena jangkitan virus influenza kira-kira dua bulan lalu.

sukar untuk menyanyi, adira suhaimi akui tekak rasa macam ‘diikat’

Menurut pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 32, kesan jangkitan virus influenza itu menyebabkan dia kini sukar untuk menyanyi dengan baik.

 

“Baru-baru ini saya kena jangkitan Influenza, sekitar dua bulan lalu. Kesannya lebih teruk berbanding dijangkiti Covid-19.

“Kesannya kalau saya menyanyi, memang ‘ke laut’. Rasa tekak seperti diikat,” katanya.

 

Untuk itu, Adira kini melakukan aktiviti senaman seperti yoga untuk membantu membetulkan semula pernafasannya, serta menjalani latihan vokal.

sukar untuk menyanyi, adira suhaimi akui tekak rasa macam ‘diikat’

“Untuk dapatkan semula suara, saya lakukan aktiviti yoga untuk membantu pernafasan. Alhamdulillah keadaan saya kini semakin pulih,” katanya lagi.

 

Malah, beliau juga tidak menolak mungkin berdepan dengan masalah untuk menyanyi selepas kini menjadi ibu kepada empat orang cahaya mata.

 

Terdahulu, Adira selamat bernikah dengan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6 tahun, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayub, 1.

 

Sumber: Kosmo! Online