Adira Tak Ambil Hati Orang Sindir Kerana Berbaik Semula Dengan Bekas Suami

Penyanyi Adira Suhaimi yang membuat keputusan untuk berbaik semula dengan bekas suami Datuk Red telah dikecam netizen sehingga ada yang mendakwa dia seperti mempermainkan institusi perkahwinan.

Menurut Adira, dia akui sedar akan ada segelintir pihak yang menyindir dirinya kerana berbaik semula dengan bekas suaminya selepas habis tempoh idah. 

“Ada orang akan cakap macam itu, tetapi hanya saya saja yang melalui fasa perceraian itu. Semua yang berlaku hanya saya saja yang tahu.

“Mereka tidak bersama dengan saya sepanjang tempoh (idah) itu. Mereka berkata begitu berdasarkan apa yang dilihat.

“Saya yakin mereka tiada niat untuk mengkritik atau mengata saya. Bagi saya itu semua hanya kata-kata orang saja,” katanya. 

Namun begitu, Adira tidak mengambil hati dengan kata-kata tersebut. 

“Saya tahu ada pihak yang berkata begitu, tetapi saya tidak ambil peduli.

“Bagi saya, tiada sebab untuk ambil hati dengan cakap-cakap orang begitu kerana mereka hanya tahu bercakap, tetapi saya yang merasainya,” katanya.

Sumber: Kosmo