Golden Screen Cinemas (GSC) dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang bertindak merakam dan menyiarkan sedutan filem yang ditayangkan di pawagam mereka.
Ia susulan kepada tindakan Little Miss Khan yang merakamkan beberapa babak filem House of Gucci dan memuat naik di Instagram Story di akaun Instagram peribadinya ketika menonton filem terbabit baru-baru ini.
“Merakam kandungan filem adalah dilarang sama sekali. Kami memandang isu ini secara serius dan sudah melaporkan insiden ini kepada pemilik hak cipta untuk tindakan lanjut, terima kasih kerana melaporkan perkara ini.
“Pemilik hak cipta, United Internasional Pictures (UIP) juga sedia maklum akan insiden ini dan akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter mempersoalkan tindakan adik kepada Neelofa itu yang memuat naik beberapa keping gambar babak filem terbabit di Instagram.
Sumber: [1]