Pelakon, Uqasha dan Nelydia Senrose bersama sepupu mereka, Oktovia dan Aprena Manrose, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila mereka berkongsikan percutian mereka di Thailand menerusi media sosial.
Menerusi sepotong video, kelihatan mereka sedang menggayakan persalinan tradisional Thailand, hingga meraih pujian ramai warganet.
“Cantik gila Senrose and the gang pakai baju tradisional Thailand. Cantik ni bukan dari skincare, tapi dari baka keturunan,” tulis seorang pengguna platform X.
Menerusi hantaran itu, ramai dalam kalangan netizen bersetuju dengan apa yang ditulis, sambil turut memuji kecantikan mereka termasuk ada yang menyamakan Uqasha sebagai mirip wanita dari Thailand.
Dalam satu hantaran, Aprena turut berkongsi lokasi mereka menyewa pakaian berkenaan iaitu di Wat Arun dan mengambil peluang menggayakan pakaian itu ketika berada dinegara berkenaan.