“Orang Bercinta Pun Rindu..” Adam Shaz Dah Tiga Bulan Tak Jumpa Anak Sendiri

Pelakon, Adam Shaz mengakui sudah tiga bulan tidak berjumpa atau berhubung dengan anaknya iaitu Ivy Herra Sophia, 7 tahun.

“orang bercinta pun rindu..” adam shaz dah tiga bulan tak jumpa anak sendiri

Anak hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri, Fatin Afeefa itu kini berada dibawah jagaan ibunya.

 

Menurut Adam, sebagai bapa beliau akui terlalu rindu anaknya dan berharap dapat melihat anaknya membesar di depan mata.

 

"Orang bercinta pun rindu, apatah lagi, anak. Memang saya sangat rindukan anak, tetapi tak mengapa, kita tunggu keputusan mahkamah.

"Ini bukan harapan saya sahaja, tetapi juga bapa-bapa tunggal. Apabila berlaku perceraian, kita kena ingat walau apapun, itulah ibu dan bapa. Hubungan tidak akan putus sampailah mati, lebih lagi, hubungan anak perempuan dan bapanya.

“Saya tidaklah kata baik, tapi kalau boleh proses pembesaran anak dalam keadaan sihat,” kata Adam.

 

Dalam perkembangan lain, Adam dan Fatin akan menjalani perbicaraan pertama pada 28 Feb ini bagi tuntutan hak penjagaan anak mereka.

 

Sumber: Gempak