“Sebagai Muslim, Saya Tak Rindu Pun Nak Makan Benda Haram,” – Adam Corrie

Pelakon, Adam Corrie baru-baru ini ada berkongsikan keenakan mi wantan ayam merah BBQ menerusi hantaran di Instagram beliau @adamcorrielee.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

 

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mendakwa Adam, yang kini seorang mualaf, sebenarnya merindui menjamah daging khinzir.

 

Adam, 55, yang nyata kesal dengan tuduhan itu tampil membuat kenyataan mendakwa beliau sudah lebih 16 tahun meninggalkan semua perkara yang dilarang agama, sebaik memeluk agama Islam.

“sebagai muslim, saya tak rindu pun nak makan benda haram,” – adam corrie

“Ada komen dalam laman sosial kata saya rindu nak makan babi, sebab itu saya nak makan mi wantan ayam BBQ yang serupa dengan babi.

 

“Bahkan ada juga kata saya memang makan babi, bukannya ayam BBQ. Sebagai Muslim yang kembali kepada fitrah (peluk Islam) selama 16 tahun tak rindu pun nak makan benda haram,” katanya dalam Instagram.

 

Dalam pada itu, beliau turut tertanya-tanya motif sebenar mereka yang memfitnahnya sedemikian.

 

“Saya tak pasti apa niat mereka berkata begitu, sama ada sengaja provokasi atau sebaliknya.

“Sebelum saya syahadah, saya bukanlah penggemar daging babi. Ramai bukan Islam tak makan daging tersebut.

“Mereka pun ada alasan tersendiri kenapa tak makan, sama ada vegan dan sebagainya,” ujarnya.

 

Tambah Adam, selepas memeluk Islam, beliau tahu membezakan mana yang halal dan mana yang haram.

“sebagai muslim, saya tak rindu pun nak makan benda haram,” – adam corrie

“Selepas syahadah saya faham halal haram. Haram sedikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah banyak, carilah yang halal.

“Jika ada yang kata dulu saya makan makanan haram bertan-tan, itu sebelum syahadah.

“Setiap orang ada kisahnya sendiri. Setiap pengalaman mengajar kita menjadi insan lebih baik,” kata Adam.

 

Terdahulu, Adam Corrie mula memeluk Islam pada 13 Julai 2007, dan mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Fazema Mohd Fuad, 43, pada 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.

 

Sumber: Instagram