“Ada Yang Nak Lempang, Cekik Saya” - Hisyam Hamid Bersyukur Wataknya Dalam Drama Berjaya Buat Penonton Marah

Hisyam Hamid akui hampir setiap hari dia menerima maki-hamun daripada netizen gara-gara wataknya dalam drama Andai Tiada Dia. 

 

Namun Hisyam bersyukur kerana tiada yang menyerangnya menggunaka isu peribadi. 

 

“Kalau kena maki berbakul-bakul itu memang ada. Maksudnya watak Haikal itu berjaya buat orang benci. Setakat ini tiada lagi serangan peribadi (personal attack).

 

“Ada yang nak lempang, cekik, humban dalam parit, baling dalam laut supaya lemas.

 

“Paling lucu, apabila ada yang beri amaran supaya jangan mengada-ngada nak kahwin dengan Intan lakonan Mimi Lana tetapi perlu nikah dengan dia,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Hisyam akui tidak mengambil hati dengan komen netizen namun bersyukur kerana lakonannya berjaya memberikan reaksi kepada penonton. 

 

Sumber: Kosmo