COVID-19, Kencing Tikus Dan Rotavirus Telah Dikesan Di Ulu Bendul

Sebanyak dua kes kencing tikus, satu kes Rotavirus dan dua kes COVID-19 telah dilaporkan dikesan di Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Kuala Pilah, baru-baru ini.

covid-19, kencing tikus dan rotavirus telah dikesan di ulu bendul

Memetik laporan dari Astro AWANI, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) Datin Dr Harlina Abdul Rashid berkata, pesakit yang dipercayai dijangkiti kencing tikus dan Rotavirus kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

 

Menurut beliau, mereka telah mengalami gejala demam, muntah dan cirit-birit selepas mengunjungi kawasan rekreasi berkenaan.

 

“Kes-kes tersebut dalam siasatan dan masih menunggu keputusan ujian pengesahan Leptospirosis, penilaian risiko dan sampel persekitaran di kawasan berkenaan yang diambil pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah sebelum tindakan susulan dilakukan.

“Sehubungan itu, jika sesiapa mempunyai sejarah perjalanan ke Ulu Bendul dan mempunyai gejala, boleh mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan," katanya.

 

Sementara itu, dua kes positif COVID-19 juga dikesan di kawasan berkenaan.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata kawasan itu akan ditutup sementara mulai hari in sehingga Ahad bagi proses pembersihan dan nyahkuman.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN