Ada Kebaikan Juga Bila Orang Kata Muka Sama Macam Mira Filzah – Qasrina Karim

Pelakon, Qasrina Karim, 27, mengakui ada kebaikan juga apabila orang ramai menyamakan wajahnya dengan pelakon popular, Mira Filzah.

ada kebaikan juga bila orang kata muka sama macam mira filzah – qasrina karim

Menurut Qasrina, ia memudahkan mereka bersama untuk mendapat peluang berlakon bersama untuk watak adik-beradik.

 

Bagaimanapun, Qasrina berkata meskipun wajahnya mungkin seiras dengan Mira Filzah, apa yang membezakan mereka adalah personaliti diri.

 

"Kita serupa tapi tak sama dan antara saya dengan Mira pun, kami tiada masalah.

"Pada saya, berkaitan muka sama dengan Mira ini sebenarnya bukan benda yang buruk tapi ada kebaikan juga sebab memudahkan kami apabila mendapat peluang berlakon bersama untuk watak adik-beradik," katanya.

ada kebaikan juga bila orang kata muka sama macam mira filzah – qasrina karim

Ujar Qasrina lagi, beliau dan Mira sudah tentu mempunyai perbezaan tersendiri ketika berlakin.

 

"Saya rasa setiap orang walaupun muka dikatakan sama, tapi perbezaan tetap ada. Personaliti diri tetap lain, cara membawa watak dalam lakonan lain dan saya percaya orang (penonton) boleh nampak dalam drama ini (My Famous Ex-Boyfriend).

"Apatah lagi, saya bukanlah jenis suka nak meniru gaya lakonan siapa-siapa termasuk Mira. Saya pun sebelum ini sebenarnya pernah berlakon dengan Mira dan dia akui kami nampak serupa, tapi tetap lain.

"Bagi sesiapa yang sudah mengenali saya pada kalangan pengarah dan pekerja produksi, masing-masing akan kata bila dah kenal saya memang lain daripada Mira walaupun iras wajah kami nampak serupa," katanya.

ramai kata muka mirip mira filzah, qasrina karim terima ia sebagai pujian

Dalam pada itu, Qasrina turut gembira kerana rezekinya semakin murah dan mahu membuat yang terbaik dalam setiap watak lakonannya selagi masih berpeluang.

 

Sumber: HMetro