Belum Ada Bukti Marissa Kahwin, Abby Abadi Anggap Masih Belum Ada Menantu

Pelakon, Abby Abadi berkata selagi masih belum ada bukti perkahwinan anaknya, Marissa Dania Hakim dengan Ahmad Aslam di Thailand, selagi itu beliau masih belum menganggap diri sudah mempunyai menantu.

belum ada bukti marissa kahwin, abby abadi anggap masih belum ada menantu

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata sehingga kini beliau masih belum mengetahui akan status perkahwinan anak keduanya itu.

 

“Saya tak pernah letak diri saya ini sudah bermenantu ke belum, tak ada lagi menantu dalam kamus hidup saya.

“Benda yang tak ada depan mata saya jadi buat apa nak beria-ria. Benda itu tak berlaku dalam pengetahuan saya.

“Saya rasa Marissa ikut perangai bapanya, dahulu hubungan Norman dengan Memey pun di luar pengetahuan saya,” katanya.

 

@buletin.tikt0k Replying to @Meloda🎥🔥 Part 2. Credit : youtube GVV Studio #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #curang ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline

 

Dalam pada itu, Abby berkata beliau bukannya tidak menerima qada dan qadar yang telah tertulis, cuma beliau tidak tahu menahu mengenai isu yang diperkatakan ramai itu adalah sahih atau sebaliknya.

belum ada bukti marissa kahwin, abby abadi anggap masih belum ada menantu

Malah, beliau akan menerima secara terbuka ketentuan Illahi andai perkahwinan anak perempuanya itu adalah sah disisi undang-undang.

 

Terdahulu, anak perempuan kepada Norman Hakim dan Abby Abadi ini telah mencuri perhatian ramai kerana dilapor berkahwin bersama Ahmad Aslam yang juga suami kepada Umisya Mazlan.

 

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, Marissa dan Aslam tidak membuat sebarang pengesahan lanjut mengenai perkahwinan itu.

 

Sumber: Kosmo! / Tiktok